Anjing liar belenggu penduduk Kampung Labohan Dagang

Anjing liar belenggu penduduk Kampung Labohan Dagang

Anjing liar
KUMPULAN anjing liar ‘bersidai’ di halaman sebuah rumah dekat Kampung Labohan Dagang, di Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Penduduk Kampung Labohan Dagang, di sini bimbang dengan keselamatan mereka berikutan kehadiran anjing liar di kawasan tersebut akhir-akhir ini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampungnya (JPKK), Amzah Yusak, rata-rata penduduk kampung berasa terancam dengan kehadiran haiwan terbabit yang turut bertindak agresif termasuk mengejar mereka sama terutama ketika berjalan kaki.

“Kalau jalan bersendirian memang anjing akan datang menyerang, dalam masa terdekat ini sudah ada tiga kes melibatkan pelajar sekolah dan penduduk kampung yang menjadi mangsa serangan haiwan tersebut.

“Ibu bapa terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, ada yang menghantar sendiri anak-anak ke sekolah kerana bimbang dikejar atau digigit anjing liar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambahnya pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ada menangkap haiwan tersebut di sana sekitar enam bulan sekali, namun sekitar empat lima ekor sahaja, sedangkan populasi anjing liar di kawasan itu terlalu banyak.

Sementara itu, tinjauan pemberita mendapati kumpulan anjing liar terbabit dilihat berkeliaran sekitar kawasan kebun, di tepi jalan dan tempat pembuangan sampah, sekali gus menimbulkan keresahan penduduk.

Seorang penduduk, Sakiman Pono, 61, berkata, dia sendiri pernah mengalami situasi dikejar anjing liar hingga cedera akibat jatuh.

“Saya diserang anjing hingga menyebabkan tepi mata kanan saya terpaksa menerima sembilan jahitan. Memang takut dan terkejut. Haiwan itu mengejar ketika saya sedang menunggang motosikal, ia lebih berani bila dalam kumpulan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia berharap pihak berkuasa seperti MPKL dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengadakan operasi bersepadu menangkap kesemua anjing berkenaan di kampung tersebut bagi menjamin ketenangan dan keselamatan penduduk.

“Dulu anjing liar tidak banyak, sejak tahun 2020, haiwan itu semakin berkembang biak. Harap tindakan proaktif diambil oleh pihak berkuasa,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya