Anjing liar ancam keselamatan penduduk, ternakan - Utusan Malaysia

Anjing liar ancam keselamatan penduduk, ternakan

ZULFIKAR Azri Nizam Zakaria menunjukkan kesan serangan anjing liar dalam kandang biri-birinya di Kampung Baru, Beris Lalang, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lebih 2,000 penduduk Kampung Baru, Beris Lalang, di sini, resah dengan kehadiran anjing-anjing liar yang mengancam keselamatan keluarga dan haiwan ternakan mereka sejak tiga bulan lalu.

Mereka mendakwa kerugian beribu ringgit apabila lembu, biri-biri dan ayam dibaham kawanan anjing liar yang datang dari pusat pelupusan sampah berdekatan.

Seorang penduduk, Zulfikar Azri Nizam Zakaria, 32, berkata, paling membimbangkan adalah keselamatan anak-anak kecil bermain di luar rumah.

“Sembilan ekor biri-biri saya mati dibaham manakala sebahagian lagi menjadi makanan anjing liar. Kini kandang biri-biri tinggal kosong. Saya kerugian lebih RM4,000. Kawanan anjing liar turut menceroboh ke dalam kandang terutama pada waktu tengah malam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini, semalam.

Zulfikar berkata, paling membimbang ialah keselamatan anak-anak kecil yang sentiasa dipantau supaya tidak berlegar di luar rumah kerana kawanan anjing tetap datang pada waktu siang.

“Anjing turut mengorek tanah untuk makan bangkai ternakan yang ditanam. Saya sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan lanjut namun tiada sebarang maklum balas diterima,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Che Rogayah Zakaria, 67, berkata, anak lembu dan ayam kampungnya turut dibaham anjing liar menyebabkan dia tawar hati untuk menternak.

“Saya tambat lembu di belakang rumah namun tetap kerugian bila kawanan anjing datang melapah dagingnya pada waktu tengah malam,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya