Angkat dialog peradaban, perkukuh kerjasama Malaysia, China - Anwar - Utusan Malaysia

Angkat dialog peradaban, perkukuh kerjasama Malaysia, China – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hubungan Malaysia-China perlu diperkukuh menerusi dialog peradaban bagi mewujudkan landskap kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai negara berbilang kaum, budaya dan agama, beliau menegaskan komitmen Malaysia untuk meraikan kepelbagaian dan kemajmukan budaya yang menjadi kekuatan negara sejak sekian lama.

“Ketika berucap, saya memetik bait-bait puisi nukilan Lu You, pemuisi Dinasti Song yang menggambarkan keutuhan persahabatan Malaysia dan China yang merentas zaman serta melangkaui pelbagai rintangan dan cabaran.

“Meskipun kerjasama ekonomi dan perdagangan menjadi teras kepada kerjasama akrab Malaysia-China, saya tekankan bahawa dialog peradaban perlu diangkat sebagai wadah dalam mewujudkan landskap kerjasama yang lebih utuh di masa hadapan.

“Sempena kepengerusian Malaysia tahun ini, ASEAN akan turut menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan China buat julung kali, yang menggambarkan potensi kerjasama yang lebih luas, di samping terus memperkukuh hubungan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah,” katanya dalam hantara di Facebook, hari ini.

Semalam, Anwar hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Sebaik tiba, beliau bersama pimpinan Malaysia dan China disambut dengan persembahan dron yang memaparkan kisah persahabatan Malaysia dan China yang penuh bersejarah.

Dalam hantaran berasingan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sambutan Tahun Baharu Cina 2025 bukan sahaja memupuk hubungan erat antara Malaysia dan China malah memperkukuhkan semangat perpaduan dan kemajmukan dalam negara.

“Sambutan Tahun Baharu Cina ini melambangkan keindahan budaya yang menjadi tunjang kepada keharmonian masyarakat Malaysia.

Semoga kerjasama erat antara kedua-dua negara ini terus memberi manfaat kepada sektor pelancongan, kebudayaan dan ekonomi Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya