Ancaman bom palsu gemparkan penduduk Sungai Pinang - Utusan Malaysia

Ancaman bom palsu gemparkan penduduk Sungai Pinang

SEBUAH robot milik Unit Pemusnah Bom PDRM sedang menjalankan kerja-kerja menyahaktif objek dipercayai bahan letupan palsu di Lebuh Sungai Pinang, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Penduduk yang berada di kawasan di Sungai Pinang di sini hari ini dikejutkan dengan penemuan satu objek menyerupai bahan letupan atau bom.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan objek mencurigakan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

“Sepasukan anggota polis kemudian dikerah ke lokasi kejadian untuk menyiasat dakwaan itu dengan dibantu oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) dan pasukan siasatan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

“Objek tersebut seterusnya berjaya dinyahaktif oleh UPB kira-kira pukul 11.50 pagi dan hasil analisis awal mendapati, objek berkenaan diperbuat daripada kertas, wayar dan simen serta tidak mengandungi sebarang bahan letupan,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, objek tersebut dijumpai serta diikat pada sebuah basikal yang diletakkan di tepi jalan.

Menurut Abdul Rozak, ketika ini, tempat kejadian itu disahkan selamat dan sudah dibuka kepada orang awam mulai pukul 12.15 tengah hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya