AMK Johor buat laporan polis, gesa henti fitnah PM

AMK Johor buat laporan polis, gesa henti fitnah PM

TAUFIQ Ismail (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Johor Bahru Utara, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) nege­ri ini membuat laporan polis terhadap pimpinan tertinggi pembangkang yang mengeluarkan ke­nyataan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim berkaitan Titah Adendum yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Taufiq Ismail berkata, antara pimpinan pembangkang Perikatan Nasional (PN) yang membuat hantaran fitnah itu ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Rosol Wahid, Fahli Shaari dan S. Subramaniam.

“AMK Johor buat laporan polis berkenaan fitnah dilemparkan kepada Perdana Menteri berkaitan Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana Menteri itu yang disifatkan sebagai perbuatan berniat jahat dan bertujuan mengancam ketenteraman awam selain mengundang kebencian terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Da­erah (IPD), Johor Bahru Utara, malam kelmarin yang turut dihadiri Naibnya, Muhammad Faezuddin Mohd. Puad.

Muhammad Faezuddin menasihati pembangkang, terutamanya Pas supaya memberi tumpuan terhadap masalah rakyat berbanding ‘menunggang’ beberapa isu politik yang hangat diperkatakan pada masa ini.

Katanya, sepanjang dua tahun sejak PRU15 berakhir, PN tidak memainkan peranan sebagai pembangkang apabila tidak pernah mengemukakan belanjawan alternatif atau solusi ekonomi sebaliknya banyak kemukakan isu bangsa, agama dan ekstremis dan terbaru isu Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib.

“Bukankah dulu Pas yang lantang bersuara sumbatkan Datuk Seri Najib ke penjara? Beri perhatian kepada isu ini kerana kita tidak mahu budaya fitnah ini menjadi amalan dalam kalangan ahli politik,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya