Amanah yakin menang belasan kerusi di Kelantan - Utusan Malaysia

Amanah yakin menang belasan kerusi di Kelantan

MOHAMAD Sabu bersama barisan kepimpinan parti dan ahli pada Konvensyen Nasional Amanah 2024 di Bandar Bestari, Klang, Selangor, hari ini. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Parti Amanah Negara (Amanah) melaungkan keyakinan mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun berlaku pergolakan parti di negeri itu.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pergolakan yang didakwa berlaku itu disifatkan sebagai perkara biasa.

“Di Kelantan memang Amanah bergolak dan kenapa? Kerana semua hendak tunjuk kamilah parti hebat, maka berlakunya pergolakan.

“Kalau kawasan itu pun kita tiada, hendak bergolak apa? Sewaktu mesyuarat agung, ramai ahli hadir dan sebab itu saya tenang dan sudah tentu kawasan itu akan maju.

“Justeru, saya yakin kita akan menang berbelas-belas kerusi pada pilihan raya akan datang kelak,” katanya ketika menggulung perbahasan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah 2024 di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan dua tahun lalu, Pas berjaya memenangi 43 daripada 45 kerusi yang ditandingi. Dua lagi kerusi masing-masing dimenangi Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama manakala DUN Galas dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurut Mohamad, keyakinan itu bersandarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat biarpun agak perlahan.

“Kita memang tahu parti besar yang mewakili orang Melayu adalah Pas dan UMNO. Kita mahu muncul di tengah-tengah itu agar sukar. Namun, kita tidak perlu bimbang kerana sokongan itu satu gelombang dan bukannya kekal. Tuduhan-tuduhan untuk mengaut undi itu hanya sementara,” ujarnya.

Beliau berkata, isu ketidakpuasan hati atau kritikan dalam parti termasuk melibatkan akar umbi dianggap perkara biasa.

Mohamad berkata, beliau berpuas hati dengan penganjuran konvensyen selama dua hari yang dihadiri lebih 800 perwakilan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya