Agong santap pagi bersama Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Agong santap pagi bersama Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santapan pagi menu nasi lemak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Seri Paduka bersama Perdana Menteri menikmati menu berkenaan di Nasi lemak Burung Hantu cawangan Semua House di Masjid India, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Facebook, orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka.

Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar.

Aktiviti bersarapan pagi dan minum petang bersama pemimpin negara dan rakyat jelata di lokasi umum sudah menjadi antara rutin baginda sejak menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Penampilan santai baginda berkunjung ke lokasi-lokasi terpilih ini, memberi ruang untuk orang ramai menemui dan mendampingi baginda yang terkenal dengan jolokan raja berjiwa rakyat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya