PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Pengurniaan D.K.1 kepada Prabowo berlangsung di Istana Negara turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Yang Mulia Bapak Prabowo merupakan sahabat karib Seri Paduka Baginda yang dikenali lebih 40 tahun, sejak zaman latihan ketenteraan di Amerika Syarikat pada 1980-an,” menerusi catatan di Facebook hari ini.
Prabowo tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.
Lawatan ini ialah lawatan negara yang pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia sejak Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.