Abata sumbang peralatan angkat berat, beri motivasi buat atlet Perlis - Utusan Malaysia

Abata sumbang peralatan angkat berat, beri motivasi buat atlet Perlis

FATHUL Bari Mat Jahya (dua dari kanan) pada majlis penyampaian sumbangan peralatan oleh Abata kepada Persatuan Angkat Berat Perlis di Dewan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri (MSN), Kangar, Perlis semalam. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pertubuhan Abata Sukan Rekreasi (Abata) menyumbangkan peralatan bernilai RM20,000 buat Persatuan Angkat Berat negeri susulan kejayaan cemerlang dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 lalu.

Penaung Abata, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, penyerahan sumbangan berkenaan juga adalah sebagai motivasi buat atlet-atlet angkat berat negeri untuk terus berusaha gigih mengangkat nama Perlis.

Katanya, beliau juga berharap agar pemberian itu dapat membantu memudahkan persatuan tersebut dalam melakukan persediaan menghadapi saingan Sukma 2026 akan datang.

“Sumbangan ini sebenarnya lebih kepada apresiasi kami kepada atlet-atlet angkat berat ini yang telah menghasilkan kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama negeri,” katanya selepas penyerahan sumbangan itu di Dewan Angkat Berat Majlis Sukan Negeri (MSN), di sini semalam.

Hadir sama dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd Ridzuan Hashim dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN), Mohd Azraai Zain Tusimin.

Antara peralatan yang disumbangkan adalah plate, set International Weightlifting Federation (IWF), platfrom, stand squad dan beberapa lagi.

Pada temasya Sukma 2024 di Sarawak, kem angkat berat Perlis melakar sejarah tersendiri apabila meraih juara keseluruhan dalam sukan berkenaan dengan kutipan empat pingat emas, dua perak dan dua gangsa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Angkat Berat negeri, Mohd. Faiz Musa berkata, sumbangan peralatan itu sememangnya amat diperlukan malah ia dapat menjadi pendorong buat atlet tampil dengan lebih bersemangat selepas ini.

“Ini dapat menjadi pendorong buat atlet untuk berlatih dengan lebih gigih agar dapat terus mengharumkan nama negeri dan negara. Semua peralatan itu juga adalah menggunakan spesifikasi sama dalam kejohanan berprestij seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel.

“Kita akan gunakan peralatan diberikan ini sebaik mungkin bagi menghasilkan lebih ramai atlet-atlet cemerlang pada masa hadapan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya