Abang ditemukan lemas, adik dikhuatiri lemas

Abang ditemukan lemas, adik dikhuatiri lemas

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang selepas terjatuh ke dalam tali di Kampung Kubang Telaga, Bachok, Kelantan hari ini.-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Niat murni seorang abang untuk menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam tali air berakhir dengan tragedi apabila dia ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Kubang Telaga di sini petang tadi.

Mangsa Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, dijumpai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira pukul 8.25 malam tadi.

Bagaimanapun, adik mangsa Muhammad Asadullah Zehan,11, masih dikhuatiri hilang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.36 petang sebelum anggota bertugas bergegas ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika dua beradik itu berada di atas jambatan sebelum Muhammad Asadullah terjatuh ke dalam tali air.

“Muhamad Amirul Mukminin bertindak terjun ke dalam tali air untuk menyelamat adiknya, dia turut lemas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zamizi memberitahu, Muhamad Amirul Mukminin dijumpai selepas dua jam operasi dijalankan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Tambahnya, PPDA masih melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya