TOKYO: Sekitar 527 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun dilaporkan membunuh diri tahun lalu, menurut data terkini yang dikeluarkan semalam. Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 14 berbanding 2023, serta melebihi rekod sebelumnya sebanyak 514 pada 2022, lapor Kyodo News memetik Kementerian Kesihatan dan Kebajikan. Daripada 527 pelajar, 239 daripadanya adalah lelaki dan 288 lagi perempuan. Pecahan itu termasuk 349 dari sekolah menengah atas (gred 10-12), 163 dari sekolah menengah rendah (gred 7-9) dan 15 dari sekolah rendah (gred 1-6). Kementerian menyifatkan situasi itu sebagai ‘serius’ dan menggesa siasatan lanjut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya