300 keluarga terjejas banjir di Kangkar Tebrau - Utusan Malaysia

300 keluarga terjejas banjir di Kangkar Tebrau

Seorang pengawal keselamatan meredah banjir yang melanda SK Kangkar Tebrau di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBRAU: Kira-kira 300 keluarga melibatkan 1,000 penduduk terkesan akibat banjir yang melanda Kampung Kangkar Tebrau.

Hujan lebat tanpa henti sejak semalam mengakibatkan limpahan air dari Sungai Tebrau ditambah dengan fenomena air pasang.

Pengerusi Masjid Kampung Kangkar Tebrau, Abdul Razak Tarmidi 63 berkata, hujan lebat sejak semalam memaksa para penduduk bergegas menyelamatkan diri dan harta benda kira-kira pukul 7 malam.

“Hujan lebat sejak pagi Jumaat hingga malam dan masih berterusan hingga hari ini. Semua penduduk berpindah sementara di balai raya berdekatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, hari ini sepatutnya diadakan majlis sambutan Maulud Nabi di kampung berkenaan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana banjir memasuki perkarangan masjid menyebabkan semua peralatan memasak dan barangan masakan seperti kambing, ayam, beras dan sayur ditenggelami air.

Seorang penduduk Muhammad Amirul Akmal Mohd Shukor, 26 berkata, rumahnya turut dimasuki air sehingga keparas dada.

Katanya, air naik begitu pantas sehingga dia tidak sempat menyelamatkan peralatan penting, namun bersyukur kerana semua keluarganya seramai lima orang dapat menyelamatkan diri dengan berlindung di balai raya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau turut dilanda banjir mengakibatkan keseluruhan bangunan dan padang digenangi air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya