3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian berjaya disekat

3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian berjaya disekat

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyekat lebih 3.1 bilion panggilan penipuan dalam talian tahun lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, SKMM juga mem­proses hampir 12,000 adu­an sekali gus ia satu pencapaian penting dan menunjukkan komitmen Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital yang lebih selamat.

Katanya, usaha itu juga dapat mengimbangi kemajuan teknologi dengan peraturan yang kukuh bagi memastikan pertumbuhan teknologi mampan dapat diteruskan.

“Walaupun teknologi mema­cu kemajuan, namun ia perlu disokong oleh peraturan yang melindungi pengguna dan menggalakkan inovasi.

“Sebagai pengerusi ASEAN, Malaysia berhasrat memimpin pembangunan dasar serantau yang memberi tumpuan kepada keselamatan siber dan akses tek­nologi yang saksama bagi memastikan rantau ini kekal berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam ucapan Persida­ngan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025), di sini semalam.

Fahmi dalam masa yang sa­ma berkata, berdasarkan Laporan Scam 2024, rakyat Malaysia telah kehilangan sebanyak AS$12.8 bilion (RM54 bilion) akibat penipuan dalam talian dalam tempoh setahun.

Jelas Fahmi, jumlah berke­naan mewakili tiga peratus dari­pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini.

Beliau menyeru pihak berke­pentingan untuk me­ngambil bahagian secara aktif dalam membentuk rangka kerja pera­turan yang mengimbangi inovasi de­ngan perlindungan pengguna.

“Kita mesti secara bersama-sama menangani kerumitan era digital untuk mewujudkan masa depan yang lebih terhubung, selamat dan inklusif,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya