20,676 calon SPM mula peperiksaan bertulis di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

20,676 calon SPM mula peperiksaan bertulis di Kuala Lumpur

SEMOGA setiap calon diberi ketenangan dan kecemerlangan dalam menghadapi peperiksaan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 20, 676 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kuala Lumpur yang berdaftar mula menduduki peperiksaan bertulis pagi ini.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Megat Affandi Datuk Wira Ismail berkata, jumlah itu melibatkan 160 buah pusat peperiksaan di sekitar ibu kota.

Katanya, calon terdiri daripada 15,846 orang dari sekolah kerajaan, 238 sekolah agensi kerajaan, 2,626 calon swasta dan 1,966 orang calon persendirian.

“Seramai 110 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) dalam pelbagai kategori juga mendaftar selain terdapat juga sembilan calon yang mengambil peperiksaan di hospital sekitar Kuala Lumpur.

“Selain itu, seramai 1,758 orang petugas peperiksaan termasuk 175 Sukarelawan Pengawas Peperiksaan terlibat bagi memastikan kelancaran peperiksaan,” katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan peperiksaan bertulis SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul Utama di sini, hari ini.

Tambah Megat, masalah kesesakan lalu lintas kekal menjadi cabaran utama untuk calon di ibu kota.

“Kuala Lumpur tiada masalah banjir serius yang dilaporkan setakat ini, namun kesesakan lalu lintas menjadi antara cabaran utama bagi calon untuk tiba di dewan peperiksaan tepat pada masa ditetapkan.

“Sekiranya calon lambat, calon boleh merujuk kepada pusat peperiksaan terdekat untuk mengambil peperiksaan dan dikira sebagai calon tumpang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan calon agar sentiasa peka dengan prosedur operasi standard dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya