15 PATI ditahan menerusi Ops Sapu di terminal bas Lembah Sireh

15 PATI ditahan menerusi Ops Sapu di terminal bas Lembah Sireh

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan menerusi Ops Sapu di terminal bas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan semalam-IHSAN JIM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 15  pendatang asing tanpa izin (PATI) lelaki dari pelbagai negara menerusi Ops Kutip di terminal bas Lembah Sireh di sini semalam.

Dalam operasi selama satu jam yang bermula pukul 8.30 pagi itu, JIM Kelantan berjaya menahan tujuh warga Bangladesh, India (4), Sri Langka (2) dan masing-masing satu warganegara Myanmar serta Pakistan.

Mohamed Yusoff Khan berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua mereka telah melakukan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, kesemua PATI yang masing-masing berusia antara 21 hingga 55 tahun telah ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“Kejayaan ini hasil maklumat risikan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan.

“Sehubungan dengan itu, JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan dengan PATI,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya