PETALING JAYA: Sepanjang 1,347.6 ki lometer (km) daripada 8,840km atau kira-kira 15 peratus daripada pantai di seluruh negara dikenal pasti mengalami hakisan sejak lebih tiga dekad lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, data tersebut berdasarkan Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) untuk menilai masalah tersebut yang berlaku di negara ini. Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, sepanjang 55.4km pantai mengalami hakisan kritikal apabila tahap pengunduran garis pantai berlaku dengan cepat, manakala 375.9km lagi mengalami hakisan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya