1,000 bungkus nasi percuma sempena penggal akhir sekolah - Utusan Malaysia

1,000 bungkus nasi percuma sempena penggal akhir sekolah

SHARIFAH Abdullah (dua dari kanan) bersama pekerjanya menyiapkan bungkusan makanan percuma di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang pe­ngusaha kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku di sini, mengagihkan 1,000 bungkus nasi percuma kepada murid dan warga sekolah sempena penggal akhir persekolahan 2024, semalam.

Sharifah Abdullah, 56, ber­kata, agihan kepada lebih 800 murid yang dijemput hadir menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 me­rupakan sebahagian bentuk perkongsian rezeki dan tanggungjawab sosial.

“Selain murid, guru dan kakitangan sekolah serta komuniti setempat turut me­nerima sumbangan ini. Sebagai pengusaha, saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan sekolah dalam penyediaan makanan kepada guru dan murid sepanjang penggal persekolahan lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Sharifah berharap usaha­nya itu dapat memberi kegembiraan kepada seluruh warga sekolah.

Katanya, pada masa sama dia berazam untuk memberikan khidmat terbaik kepada seluruh warga sekolah pada penggal akan datang.

“Sebagai pengusaha, kami perlu menawarkan perkhidmatan dan menu yang terbaik serta berkualiti kepada seluruh warga sekolah,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya