10 tahun rogol anak perempuan, pekebun ditangkap - Utusan Malaysia

10 tahun rogol anak perempuan, pekebun ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Perbuatan keji seorang pekebun yang dipercayai melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya sejak 10 tahun lalu terbongkar apabila lelaki terbabit ditangkap polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki berusia 56 tahun itu diberkas pada pukul 1.45 petang susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 21 tahun, kelmarin.

Katanya, wanita yang bekerja sebagai operator kilang dan masih bujang itu mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak berusia 11 tahun.

“Suspek didakwa telah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu dengan kejadian terakhir pada 17 Januari lalu.

“Mangsa mendakwa dia sering diugut suspek supaya tidak mendedahkan kejadian menimpa dirinya kepada sesiapa,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, disebabkan tidak tahan dengan gangguan bapanya itu, mangsa bertindak melarikan diri dan tinggal di rumah rakan dan dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Katanya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, suspek telah bercerai dengan isteri ketika mangsa berusia enam tahun. Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya