SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) opitimis kutipan zakat mampu melebihi sasaran berjumlah RM1.22 bilion yang ditetapkan pada tahun ini. Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Fadhil Hassan berkata, rekod terbaharu kutipan sebanyak RM844 juta sehingga bulan lalu dan dijangka meningkat pada bulan ini melibatkan 40 peratus pembayar zakat. “Kutipan RM1.22 bilion mampu dicapai berikutan trend pembayaran zakat kebiasaannya bertambah pada Disember yang dianggap bulan puncak tahun ini. “Kita menyasarkan kutipan RM400 juta lagi bagi memastikan jumlah itu turut melebihi RM1.12 bilion pada tahun lalu,” katanya selepas melancarkan Kempen Sama-Sama Kongsi, semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya