SELEPAS dua tahun menyepi setelah disingkirkan UMNO, bekas veteran parti itu, Datuk Zahidi Zainul Abidin membuat kemunculan semula dalam politik dengan menyertai PKR. Penyertaan Zahidi yang dikatakan mendapat restu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat mampu memberi nilai tambah dan menguatkan lagi parti tersebut memandangkan bekas Ahli Parlimen Padang Besar selama dua penggal itu masih mempunyai pengaruh kuat. Serentak dengan penyertaaan Zahidi itu juga, beliau bakal mewujudkan 400 ranting di seluruh negeri ini dengan lebih 100 ranting PKR pula di Padang Besar dengan misi untuk Pakatan Harapan (PH)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya