Warga China hilang ditemukan di MMR2 - Utusan Malaysia

Warga China hilang ditemukan di MMR2

Xu Baolin ditemukan di MRR2 dalam keadaan lemah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang pada 8 Disember lalu ditemukan di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, lelaki berusia 84 tahun itu ditemukan dalam keadaan lemah oleh seorang wanita yang menggunakan laluan berkenaan.

“Warga emas itu tidak mempunyai sebarang kecederaan fizikal melainkan terdapat kesan calar pada bahagian muka dan mendapatkan rawatan.

“Polis akan meneruskan siasatan punca kehilangannya selepas keadaan mangsa stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan Xu Baolin, 84 tahun yang melancong ke negara ini bersama ahli keluarganya hilang setelah makan di Medan Selera Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya