Wanita tipu 176 pembeli novel direman

Wanita tipu 176 pembeli novel direman

SUSPEK semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan untuk mendapatkan perintah reman hari ini.-IHSAN KPDN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan penipuan pembelian novel yang melibatkan kerugian berjumlah RM19,059 yang dialami oleh 176 mangsa.

Perintah reman selama dua hari yang bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret Kota Bharu Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Sementara itu, Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata,
suspek telah ditahan pihaknya pada pukul 6 petang semalam selepas disyaki terlibat dalam terlibat dengan penipuan pembelian novel.

Katanya, tindakan bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999 atas dakwaan menerima bayaran tetapi gagal membekalkan barangan sebagaimana yang dijanjikan.

“Suspek kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu buat sementara waktu bagi siasatan dijalankan,” katanya.

Azman memberitahu, terdahulu pada 24 Februari lalu mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM83 ke akaun bank milik seorang individu.

Katanya, pemindahan tersebut bertujuan untuk pembelian dua buah novel bertajuk Hey Klaus dan Your Queen karya penulis Nurul Ain Syuhada.

“Hasil siasatan mendapati wang tersebut kemudiannya dipindahkan ke akaun milik suspek. Suspek didakwa tidak berniat untuk membekalkan novel yang dipesan dan tidak memberikan sebarang alasan munasabah bagi transaksi tersebut.

“Tindakan suspek itu disyaki melanggar Seksyen 16 Akta Perlindungan Pengguna 1999,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya