PETALING JAYA: Golongan wanita kini cenderung memasuki pasaran kerja pada usia lewat 20-an berbanding dua dekad lalu yang kebanyakannya mula bekerja seawal usia 20-an. Menurut Khazanah Research Institute (KRI), perbandingan antara jantina dalam kumpulan usia 20-an menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) lelaki kekal lebih tinggi dan stabil berbanding wanita untuk tempoh sama. Namun jurang tersebut semakin mengecil, dengan penurunan daripada 46.8 mata peratusan pada tahun 2000 kepada 26.1 mata peratusan pada tahun 2023. Pada 2023, penyertaan wanita dalam dunia pekerjaan mencapai puncaknya dalam kumpulan usia 25 hingga 29 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya