KLANG: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengetuai senarai 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, hari ini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan darjah Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau sempena hari keputeraan baginda yang ke-79 dalam Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor di Istana Alam Shah.
Turut darjah sama adalah menerima darjah sama ialah Pengerusi Eksekutif The Edge Communications Sdn. Bhd, Tan Sri Tong Kooi Ong. Bagi darjah Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk, penerimanya adalah Anggota Lembaga Pengampunan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman.
Selain itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran – Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang kepada 11 orang, antaranya adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, Datin Sharrina Abdullah; Duta Besar Malaysia Ke Maghribi, Datuk Shahabudeen Adam Shah dan Hakim Mahkamah Keluarga Kuala Lumpur, Datin Evrol Mariette Peters.
Turut menerima anugerah tersebut adalah Panglima Markas Briged Ke-11 Infantri, Kem Sungai Buloh, Brigadier Jeneral Shahir Hafizul Abd. Rahman; Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datin Rahilah Rahmat dan Ahli Lembaga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor, Datuk Cheremi Tarman.
Baginda juga berkenan mengurniakan darjah tersebut kepada empat ahli korporat iaitu, Pengarah Urusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datin Azaina Adham; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perdana Parkcity Sdn. Bhd, Datuk Joseph Lau, CEO Aeon Bank (M) Berhad, Datuk Raja Maimunah Raja Abdul Aziz dan Pengarah Ranhill Utilities Berhad, Datuk Faiz Ishak.
Darjah tersebut membawa gelaran Datuk bagi penerima lelaki dan Datin Paduka bagi penerima wanita.
Ahli politik
Ia turut dikurniakan kepada Exco Pertanian dan Infrastruktur, Datuk Izham Hashim yang merupakan satu-satunya ahli politik menerima anugerah dalam istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, hari ini.
Bagi anugerah Darjah Kebesaran Dato’ – Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran sama, mendahului senarai ialah Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Datuk Muhammad Farhan Wijaya; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddi Suhaimee dan Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Datin Hanafisah Jais.
Sultan Selangor juga menganugerahkan darjah sama kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Selangor, Datuk Dr. Muhammad Ayman al-Akiti; Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Zakat Selangor, Datin Badariah Abd. Jalil dan CEO Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Nur-ul Afida Kamaludin.
Darjah tersebut turut dikurniakan kepada sembilan ahli korporat iaitu CEO Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Datuk Saipolyazan M. Yusop; Pengarah Milestone Power Sdn. Bhd, Datuk Norhamidi Abdul Rahman, CEO TH Travel & Services Sdn. Bhd, Tengku Datuk Badlishah Tengku Ibrahim.
Turut menerimanya, Pengarah Urusan Rafulin Holdings Sdn. Bhd, Datuk Mohamed Raffe K. Chekku; Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Datuk Kuik Cheng Kang dan CEO Kumpulan IJM Corporation Berhad, Datuk Lee Chun Fai
Sultan Selangor juga berkenan mengurniakan darjah tersebut kepada Ahli Lembaga Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan, Datuk Michael Leow Kean Teck; Pengarah Eksekutif Kumpulan Sunway, Datin Sarena Cheah Yean Tih serta Pengarah Urusan Kumpulan IOI Corporation Berhad, Datuk Lee Yeow Chor.
Darjah tanpa gelaran
Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor itu juga, Sultan Sharafuddin berkenan menganugerahkan pingat Ahli Kegemilangan Sukan Selangor kepada Pemain Bowling Malaysia, Natasha Mohamed Roslan.
Sementara Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) kepada 11 penerima antaranya
Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Perbendaharaan Negeri Selangor, Sabrina Adnan; Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Aznan Hassan dan Pengarah Mah Meri Cultural Village, Rashid Esa.
Bagi Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS), mengetuai senarai 11 penerima ialah Pegawai Memerintah Batalion Kedua Puluh Lima, Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Bentong, Leftenan Kolonel Mohammad Rashdan Abdul Razak.
Sementara penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pula seramai 16 orang antara penerimanya, Pegawai Staf 2 Belanjawan, Margas 11 Briged, Mejar Nushuhada Mohtar dan Pengarah Al Kauthar Eduqids Sdn. Bhd, Dr. Bakhtiar Aliff Ibrahim.
Seramai 17 orang penerima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) antaranya, Pegawai Staf 2 Gerak, Markas 11 Briged, Mejar Mohd. Jefri Ismail; Pegawai Penguatkuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Andry Arman Masrom dan Arkitek MBDK, Haslinda Mohd. Rantam
Turut dianugerahkan darjah tersebut, pemain penyerang Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim.
Dua lagi ahli sukan iaitu pemain petanque negara, Saiful Bahri Musmin dan pemain basikal negara, Farina Shawati Mohd. Adnan dianugerahkan dengan darjah Bintang Kecemerlangan Sukan.
Bagi pingat Negeri Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) pula, seramai tujuh orang penerima, antaranya ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nairawi Sarry; Penolong Pengarah Kanan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Nor Hanizan Sahib dan Juru X-Ray Hospital Sungai Buloh, Tanesan Subramaniam. – UTUSAN