UM sedia beri kerjasama, bantu siasatan 

UM sedia beri kerjasama, bantu siasatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung gangguan seksual membabitkan seorang profesor di universiti itu.

UM dalam satu kenyataan berkata, komitmen tersebut adalah termaktub dalam Kod Bebas Eksploitasi, Penganiayaan dan Gangguan Seksual yang telah ditambah baik melibatkan pelbagai pihak seperti wakil pelajar, kesatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).  

Katanya, UM juga berhasrat untuk menjalankan siasatan dalaman dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman. 

“Bagaimanapun, usaha ini memerlukan bukti yang kukuh untuk dimulakan. Oleh itu, UM menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, terutamanya mangsa, agar tampil ke hadapan bagi membantu menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya dalam kenyataan itu. 

Terdahulu, media melaporkan Kelab Feminisme UM (UMFC) menggesa pengurusan UM memperketatkan polisi gangguan seksual susulan dakwaan seorang profesor yang berkongsi gambar bogelnya kepada pelajar.

Tegasnya lagi, sebagai sebuah institusi awam, UM tidak akan berkompromi dalam menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar, staf serta seluruh komuniti kampus.

“Namun begitu, UM perlu mematuhi setiap lunas undang-undang dan peraturan apabila melaksanakan tindakan ke atas setiap aduan bagi memastikan ia terlaksana dengan adil dan saksama.

“UM akan terus memastikan persekitaran universiti kekal selamat, adil dan kondusif untuk semua,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan terhadap kejadian tersebut.

Kementerian itu berkata, sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang-undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tatacara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya