Tunai haji berkat tabungan ibu sejak lahir

Tunai haji berkat tabungan ibu sejak lahir

NUR SHAHIRAH Sulaiman menunjukkan tawaran menunaikan fardhu haji bagi tahun 2005 daripada TH di Kampung Puteri Menangis, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Berkat usaha ibunya membuat simpanan dalam Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi potongan gaji sejak dilahirkan membolehkan seorang wanita menerima panggilan menunaikan fardu haji bagi kali ketiga.

Nur Shahirah Sulaiman, 24, memberitahu, pertama kali dia menerima tawaran menunaikan Rukun Islam kelima itu pada 2019, namun terpaksa ditolak kerana masih belum bersedia dan yang kedua pada 2023.

“Tawaran iru juga terpaksa ditolak kerana saya mengandung anak sulung. Pada 16 Disember lalu saya menerima WhatsApp daripada TH mengenai tawaran menunaikan haji pada tahun depan untuk kategori M40 dengan bayaran sebanyak RM23,500.

“Saya terkejut dengan tawaran ini kerana menyangka akan ditawarkan pada tahun 2026 sebagaimana permintaan dengan TH sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Puteri Menangis, dekat sini.

Nur Shahirah memberitahu, ibunya, Hafidah Dasron, 55, yang bekerja di Ranhill SAJ Pontian membuat potongan gaji sebanyak RM50 sebulan mulai tahun 2000.

Selain simpanan bulanan, semua pemberian yang diterima semasa bayi dan sumbangan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri turut disimpan dalam TH oleh ibunya.

Dia akan menerima tawaran tersebut, namun berharap TH dapat menukar statusnya daripada M40 ke B40 kerana merupakan suri rumah sepenuh masa.

“Saya akan ke pejabat TH Pontian dengan segera bagi membuat permohonan penukaran status itu selain memohon supaya suami dapat menemani saya ke Tanah Suci,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya