PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan peringatan berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada kepada tujuh negeri.
Antara kawasan terlibat termasuk Perlis, Kedah di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu.
Hujan diramalkan berlaku sepanjang empat hari dalam tempoh bermula esok, 8 Disember sehingga Rabu, 11 Disember 2024.
Manakala bagi dua negeri iaitu Pahang, kawasan terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Johor di Mersing dan Kota Tinggi.
Bagi kawasan di kedua negeri tersebut, hujan dijangka berterusan dalam tempoh tiga hari bermula Isnin, 9 Disember sehingga Rabu, 11 Disember 2024.
Untuk maklumat cuaca terkini, orang ramai boleh melayari www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia.