Tujuh diburu berkaitan kes penipuan pelaburan Gigamax - Utusan Malaysia

Tujuh diburu berkaitan kes penipuan pelaburan Gigamax

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mennunjukkan gambar suspek dalam buruan pada sidang akhbar mengenai sindiket penipuan dalam talian di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Menara KPJ di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia bagi membantu siasatan membabitkan kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian kira-kira RM7.25 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, warga Indonesia yang dikenali sebagai Awaludin dipercayai berperanan sebagai dalang manakala enam lagi warga tempatan bertindak sebagai penceramah dan kripto trail.

Katanya, individu lain yang dikesan adalah dua kepimpinan tertinggi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Benjamin al Sharif dan Mohd. Norizwan Ali, Mohamad Sufi Abd Razak, Muhd Firdaus Khadri dan Risman Muhd Yatim.

“Seorang lagi yang dikesan iaitu Muhamad Nizam Sahar dipercayai sudah melarikan diri ke Dubai.

“Kesemua mereka berusia 38 hingga 48 itu dikesan bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan Gigamax susulan sebanyak 101 laporan polis diterima melibatkan kerugian keseluruhan lebih RM7.25 juta.

“Kita percaya enam lagi individu termasuk warga Indonesia masih berada dalam negara,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK di sini hari ini.

Pada 13 November lalu, polis menahan 11 individu termasuk dua wanita berusia 34 hingga 59 tahun berkaitan kes terbabit menerusi Operasi Nuri- Gigamax di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang,Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Gigamax merupakan platform yang berfungsi sebagai broker mata wang kripto yangmenjadi medium antara pelabur dan pasaran kripto.

Platform itu diperkenalkan dan dipromosikan pada awal Julai 2022 oleh akademi yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

NGO berkenaan menyediakan kaedah pendidikan dalam bentuk ‘blockchain’ dan decentralization finance.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya