Treler hilang kawalan rempuh Proton X50, penuntut IPG maut

Treler hilang kawalan rempuh Proton X50, penuntut IPG maut

KEADAAN salah sebuah kereta Perodua Axia yang remuk selepas terlibat dalam kelangan di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sebuah treler dipercayai hilang kawalan menjadi punca kepada kemalangan yang menyebabkan seorang penuntut wanita Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut di Terengganu dalam nahas lima kenderaan di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu membabitkan sebuah treler jenis Volvo dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 selain dua buah kereta jenis Perodua Axia dan Proton Saga.

Mangsa yang maut ialah penumpang belakang SUV, Nurul Alya Fatnin Mohd. Mawardzi, 22, yang sedang berkonvoi dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampusnya di Besut. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu treler berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis menghala ke Gua Musang.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, pemandu treler itu disyaki gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sisi kanan kereta Perodua Axia, Proton Saga dan SUV Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Proton X50 mengalami kecederaan pada bahagian kepala manakala penumpang depan mengalami kecederaan ringan. 

“Penumpang belakang mengalami kecederaan pada pinggul manakala Nurul Alya Fatnin  maut di lokasi kejadian. Pemandu Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah pada kepala dan sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, sementara enam lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya