Tolak sogokan RM50,000: Lima pegawai terima surat penghargaan KPN - Utusan Malaysia

Tolak sogokan RM50,000: Lima pegawai terima surat penghargaan KPN

LIMA pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima Surat Penghargaan daripada Razarudin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin merakamkan jutaan tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang menolak sogokan RM50,000 daripada seorang ejen sindiket penyeludupan migran kerana sentiasa berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.

Seramai lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima Surat Penghargaan daripada Razarudin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Mereka terdiri daripada Asisten Superintendan Mohd Norzahirudin Jufri, Inspektor Muhamad Hanif Abd Halim, Sarjan Osmizan Osman, Koperal Mohd Shariffuddin Sulaiman dan Koperal Wan Mohd Abbasi Wan Abdllah @ Wan Mamat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, kesemua pegawai menerima surat penghargaan tersebut selepas menolak wang sogokan semasa menjalankan tugas Op Taring Wawasan Kelantan di Jalan Sri Cemerlang dan Jalan Besar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan pada 9 Disember lalu.

“Wang tersebut dipercayai sebagai imbuhan kepada pihak polis agar tidak membuat tangkapan terhadap kesemua suspek terlibat.

“Operasi yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Briged Tenggara bersama Batalion 9 PGA itu menahan seramai 16 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar serta tiga tekong,” katanya.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, perbuatan menolak rasuah seharusnya menjadi teladan buat warga pasukan lain agar tidak mudah terjerumus dengan kegiatan tidak bermaruah yang boleh merosakkan nama baik pihak berkuasa, seterusnya masa depan rakyat Malaysia.

“Penghargaan itu juga jelas membuktikan pucuk pimpinan pasukan sentiasa mengambil peduli atas tindakan pegawai dan anggota polis yang berintegriti serta bersemangat waja dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya