Tiga warga India dipenjara kerana masuk Malaysia secara tidak sah

Tiga warga India dipenjara kerana masuk Malaysia secara tidak sah

ANGGOTA polis mengiringi Samrat (depan, dua dari kanan) bersama Sahil (belakang, kanan) dan Naveen (belakang) selepas didakwa di Mahkamah Majisret Pasir Mas, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan ke atas tiga lelaki warga India selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah pada minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Samrat Bajaj, 44, bersama Sahil, 21,dan Naveen, 19, membuat pengakuan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Naim Che Ani selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didapati berada di Malaysia tanpa sebarang pas kemasukan yang sah di tepi jalan Kampung Rantau Panjang di sini kira-kira pukul 5 petang pada 9 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan tidak lebih enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahfuzah Hamizah Mohd. Ariff manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mahfuzah Hamizah mencadangkan hukuman setimpal kepada ketiga-tiga tertuduh sebagai pengajaran pada masa depan.

Samrat yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dalam rayuannya memaklumkan bahawa dia bersama Sahil dan Naveen sudah berada di Thailand selama tiga bulan.

“Kami kehabisan wang di sana dan masuk ke Malaysia untuk bertemu dengan beberapa orang rakan di sini,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap ketiga-tiga tertuduh bermula hari ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya