Tidak semua kritikan kerajaan perlu disiasat

Tidak semua kritikan kerajaan perlu disiasat

ANWAR Ibrahim ketika sesi soal jawab pada sidang akhbar bersama pengarang media di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju sekiranya aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza ditangkap atau didakwa berhubung kritikan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tidak semua kritikan yang dilontarkan terhadap kerajaan perlu disiasat.

“Mengenai Fahmi Reza, saya tidak bersetuju jika dia didakwa atau ditahan. Terus-terang, saya fikir untuk tujuan perkara ini, saya ingin memberitahu agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis bahawa mengenai kritikan terhadap Perdana Menteri, biarlah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, polis telah merekod keterangan Fahmi untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Keterangan Fahmi direkodkan di Bukit Aman selepas hadir kira-kira pukul 8.15 pagi, pada Khamis lalu.

Anwar berkata, semua kritikan terhadap kerajaan atau Perdana Menteri perlu disiasat polis.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya perkara itu melibatkan perkara sensitif seperti raja-raja Melayu atau agama, mereka perlu disiasat sedemikian.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, usaha pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya memerlukan masa kerana perlu melakukan banyak pindaan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Kabinet dan kerajaan telah meluluskan kertas dasar berhubung perkara itu, namun proses pemisahan kedua-dua peranan memerlukan masa.

Beliau juga mengakui proses untuk memisahkan kedua-dua entiti adalah merumitkan selain memerlukan tempoh untuk berbuat demikian.

“Cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, menteri pun sudah dipertanggungjawabkan, taskforce (pasukan petugas) pun sudah ditubuhkan.

“Tetapi ia juga bukan proses yang mudah kerana memerlukan pindaan Utama termasuk Perlembagaan. Jadi ia memerlukan sedikit masa.

“Kabinet telah pun meluluskan Kertas Dasar berhubung cadangan itu dan saya berharap (laporannya akan dibentangkan) pertengahan tahun depan,” katanya.

Mengulas lanjut pihak yang mendakwa Kerajaan Perpaduan yang pimpinannya gagal untuk melaksanakan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, Perdana Menteri menepis persepsi itu tidak betul.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan dan Kabinet telah pun bersetuju dengan cadangan berkenaan dan pihaknya sentiasa berusaha untuk merealisasikan hasrat itu bagi memperbetulkan persepsi terhadap jabatan berkenaan.

“Isu ini sangat sukar, kompleks kerana persepsi kerajaan Madani gagal (mengasingkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya) tidak betul. Kita sedang berusaha untuk (memperbetulkan) integriti jabatan berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya