BANDA ACEH: Kerajaan tempatan Aceh melarang penduduknya mengadakan sambutan Tahun Baharu 2025, termasuk sebarang bentuk perayaan yang bertentangan dengan syariat Islam dan adatnya. Pemangku Datuk Bandar Banda Aceh, Almuniza Kamal berkata, masyarakat dilarang mengadakan sambutan sama ada di kawasan terbuka atau tertutup, termasuk pesta bunga api, mercun, tiupan trompet, lumba haram dan aktiviti hiburan lain yang bercanggah dengan nilai agama. “Larangan ini bertujuan mencegah aktiviti yang boleh mencetuskan perkumpulan. Ia disepakati melalui seruan bersama Forum Koordinasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) Banda Aceh,” katanya kelmarin. Selain itu, peniaga juga dilarang menjual mercun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya