Tiada kuota dalam lantikan pengerusi PH Sabah - Utusan Malaysia

Tiada kuota dalam lantikan pengerusi PH Sabah

Phoong Jin Zhe (kanan( semasa beramah mesra dengan bekas Timbalan Ketua Wirawati Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas pada Majlis Rumah Terbuka Krismas Di Kota Kinabalu, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Tiada sebarang kuota diberikan kepada mana-mana parti dalam lantikan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, lantikan pengerusi PH dibuat dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) dan pemilihan itu dilakukan mengikut proses demokrasi.

“Apa itu kuota? saya tidak tahu. Kalau ada kuota, kenapa kita mengadakan AGM…kan AGM itu maksudnya kita mengadakan persidangan bagi memilih pucuk pimpinan.

“Saya fikir semua parti sama, begitu juga dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ini selaras dengan undang-undang Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Krismas Parti Bersatu Sabah (PBS)-Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Dewan Hongkod Koisaan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan PKR yang menyatakan pelantikan Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi PH Sabah belum muktamad.

Jin Zhe yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berkata, beliau bukan dalam PKR jadi, beliau tidak tahu kenapa lantikan pengerusi PH dipertikai.

“Pada masa ini, keutamaan DAP adalah untuk mengukuhkan perpaduan dalam PH. Tahun depan adalah tahun penyatuan untuk PH. Kita mesti perkuatkan PH dahulu, baru kita bincang soal berkhidmat dan berjuang kepada rakyat Sabah,” katanya.

Kata beliau, jika ada apa-apa pertikaian atau permasalahan, ia patut dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan PH Sabah dan bukannya diuar-uarkan melalui media.

“Kita bawa pergi mesyuarat, kita bincang baik-baik. Ini belum sempat kita mengadakan mesyuarat, sudah dihebahkan melalui media. Ia seolah-olah ingin memecahbelahkan kita,” katanya.

Semasa AGM pada 1 Disember lalu, Ewon menang dengan enam undi bagi mengambil alih jawatan Pengerusi PH Sabah daripada Datuk Seri Christina Liew. Jawatan tersebut telah dipegang oleh Christina sejak 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya