KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) membelanjakan sebanyak RM261 juta bagi menampung pembiayaan golongan B40 dan M40 menunaikan ibadah haji tahun depan, menjadikan jumlah terkumpul bantuan tersebut melebihi RM2.8 bilion dalam tempoh 25 tahun. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman berkata, ia berikutan kos penginapan di Tanah Suci yang meningkat dengan mendadak akibat daripada pembangunan pesat di Mekah dan Madinah. Katanya, bagi golongan B40, kadar bayaran haji Muassasah adalah RM15,000 dengan 55 peratus kos haji ditanggung melalui Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya