Terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka - Ismail Sabri

Terima keputusan mahkamah dengan hati terbuka – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri bergambar bersama ahli Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap semua pihak dapat menghormati keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor, Khamis lalu. 

Jelas beliau, keputusan mahkamah tidak boleh dipertikai kerana ia dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh. 

Katanya, rakyat perlu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka tanpa sebarang prejudis terhadap institusi kehakiman.

“Kita perlu menghormati keputusan mahkamah. Jangan kerana keputusan itu tidak memihak kepada kita, kita menuduh mahkamah tidak adil.

“Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti. Jika kita mahu negara ini kekal demokratik, kita perlu menghormati kebebasan badan kehakiman,” katanya ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia, di sini hari ini. 

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepas dan membebaskan Rosmah daripada 17 pertuduhan berkait pengubahan wang haram dan elak cukai.

Hakim K. Muniandy memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah tidak menyatakan secara lengkap kesalahan yang dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya