TUMPAT: Hujan lebat berterusan, limpahan air Sungai Golok dan pertembungan air laut pasang besar meninggalkan kesan dahsyat di kawasan Pengkalan Kubor, di sini yang disifatkan terburuk selepas ‘bah merah’ pada 1967.
Keadaan itu menyaksikan rumah penduduk musnah, kereta rosak selain terputus hubu ngan
berikutan jalan raya runtuh ‘ditelan’ arus deras kesan pertembungan air Sungai Golok
dan air laut pasang besar.
Jubakar Pantai menjadi kawasan paling teruk terkesan apabila tujuh buah rumah termasuk
kedai di sekitarnya lenyap dihanyutkan arus deras dalam kejadian bermula Jumaat lalu.
Selain itu, Kampung Simpangan, Baru Nelayan, Neting,Naga Ibu, Derdap, Bendang PakYong, Jejulok, Kubang Sawa antara yang teruk terjejas.
Seorang penduduk, Ariffin Awang, 65, berkata, banjir yang membadai kawasan Pengkalan
Kubor disifatkan terburuk selepas ‘bah merah’ 1967.
“Sepanjang banjir kali ini, sampan menjadi tempat tidur saya. Walaupun tidak selesa, namun itu pilihan terbaik yang ada ketika ini.
“Rumah saya sudah dibina tinggi, banjir besar 2014 tidak tenggelam. Kali ini, rumah saya
tenggelam. Paras air melebihi satu meter,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu, Mohammad Hasbullah Che Harun, 36, berkata, dia hilang katakata selepas
melihat rumah pusaka milik keluarga runtuh di depan mata akibat arus deras banjir melanda
Kampung Baru Nelayan.
Katanya, kejadian itu disedarinya selepas arus deras menghempas rumahnya ketika air banjir di kawasan rumah mula melimpah sehingga ke atas jalan.
“Air naik dengan laju, jadi saya minta ibu (Rohani Ibrahim, 72) segera berkemas dan mengalihkan motosikal dan kereta ke tempat tinggi. Ketika mengemas, saya rasa rumah seperti bergoyang. Tibatiba lantai patah pada bahagian ruang tamu.
“Saya terus membawa ibu keluar dan tidak lama kemudian rumah itu runtuh. Tingkat atas
rumah dua tingkat itu diperbuat daripada kayu manakala bahagian bawah pula binaannya
batu,” katanya.
Berkongsi lagi kisah sedih itu, seorang penduduk di Taman Sri Bayu Mohamad, Ridzuan
Rashid, 32, berkata, beberapa buah kenderaan turut dihanyut kan arus.
Katanya, laluan dari Taman Sri Bayu ke Pantai Sri Tujuh juga sudah tidak boleh digunakan se
lepas pembentung di Sungai Gali runtuh sekali gus menyaksikan penduduk terputus hubungan.
Sementara itu, tiga masjid utama di sekitar kawasan ini iaitu Bendang Pak Yong, Sim
pangan dan Kajang Sebidang tidak dapat diadakan solat Jumaat pada minggu lalu kerana
ditenggelami banjir. – UTUSAN