Taman tema air Pedas kembali operasi selepas 4 tahun ditutup

Taman tema air Pedas kembali operasi selepas 4 tahun ditutup

TAMAN tema air, Wet World Air Panas Resort, Pedas, Rembau yang terbiar dan tidak beroperasi sejak tahun 2020 akibat pandemik Covid-19 bakal memulakan semula operasi seawal tahun hadapan. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Taman tema air, Wet World Air Panas Resort di Pedas di sini yang terbiar dan tidak beroperasi sejak tahun 2020 akibat pandemik Covid-19 dijangka memulakan operasi seawal tahun hadapan.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Rembau (MDR) merangkap Pegawai Daerah, Mohd. Zamri Mohd. Esa berkata, langkah tersebut diambil selepas hasil perbincangan sebulan lalu yang menyaksikan syarikat pengusaha bersedia membangunkan semula lokasi tumpuan orang ramai itu.

“Pihak Only World Group sedang dalam langkah membangunkan semula taman tema air itu yang dimulakan dengan fasa pertama iaitu pembangunan ‘Scenic Park’.

“Ia langkah awal dari pihak Only World Group susulan sesi perbincangan yang telah diadakan di Shah Alam pada 30 Oktober yang lalu, “ katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada September 2022, akhbar ini melaporkan harapan penduduk melihat taman tema berkenaan beroperasi semula selain boleh membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Pada tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, kerajaan negeri bersama MDR telah mengadakan perbincangan bagi cadangan pelaburan baharu di tapak taman tema air tersebut.

Menurutnya, rentetan daripada cadangan tersebut, pihak pemaju memohon untuk lanjutan pajakan dari perjanjian asal tamat pada tahun 2058 iaitu lanjutan selama 30 tahun lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya