Tahan dua buah MPV, rampas 400,00 batang rokok seludup

Tahan dua buah MPV, rampas 400,00 batang rokok seludup

SEBAHAGIAN rokok seludup yang dirampas selepas menahan dua buah kereta di Kampung Dalam, Tumpat, Kelantan hari ini-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan merampas 400,000 batang rokok seludup di Kampung Dalam di sini awal pagi tadi.

Kedua-dua buah MPV masing-masing dari jenis Proton Exora dan Perodua Alza itu ditahan pada pukul 1.30 oleh anggota bertugas yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pada masa sama pihaknya turut seorang lelaki berusia 28 tahun bagi membantu siasatan berkaitan rampasan tersebut.

“Bagaimanapun seorang lagi suspek telah melarikan diri. Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua buah MPV itu membawa kepada penemuan lebih 400,000 batang rokok putih bernilai RM 473,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Suspek itu dipercayai menjadi pengedar untuk mengedar rokok tersebut ke pasaran tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya