Sistem komputer di hospital awam kurang efektif - Utusan Malaysia

Sistem komputer di hospital awam kurang efektif

Dominic Lau Hoe Chai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institusi perubatan awam di negara ini bakal berdepan masalah besar ekoran kekurangan kemudahan sistem komputer yang lebih efisien.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, sistem kerja dalam kalangan kakitangan perubatan awam turut ketinggalan dan tidak memenuhi aspek keperluan masa kini.

“Walaupun untuk menjejak laporan ujian darah yang mudah, doktor tidak dapat mengaksesnya melalui sistem komputer.

“Banyak negara sudah maju ke arah penggunaan kecerdasan buatan (AI), tetapi doktor di hospital kerajaan masih tidak mempunyai sistem komputer asas dan terpaksa mencatat laporan perubatan manual,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dominic Lau dalam masa sama turut memberi contoh Hospital Selayang yang pernah menyasarkan untuk menjadi hospital moden tanpa kertas.

“Namun, menurut maklumat yang diperolehnya, hospital tersebut tidak mempunyai sistem komputer asas untuk menjalani ujian darah.

“Pesakit atau ahli keluarga perlu membawa sampel darah dan borang ke makmal secara manual, menunggu laporan siap, dan kemudian membawanya kembali kepada doktor,” jelasnya.

Terdahulu, Dr. Dzulkefly mendedahkan seramai 6,417 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak meletakkan jawatan sejak 2019 hingga 2023.

Bagaimanapun katanya, jumlah itu termasuk 3,200 pegawai perubatan (MO) kontrak yang meletak jawatan untuk beralih ke jawatan tetap kerana ini adalah sebahagian daripada prosedur yang ditetapkan dan segelintir doktor yang beralih ke bidang pendidikan.

Sementara itu apa yang mengecewakan ujar Dominic, kerajaan seolah-olah mengetepikan kepentingan sistem komputer yang lebih moden dalam tata cara kerja kakitangan perubatan.

“Saya tidak faham mengapa kerajaan tidak membangunkan sistem komputer yang boleh merekodkan semua maklumat pesakit supaya doktor hanya perlu menekan beberapa kekunci untuk memahami keadaan pesakit,” jelasnya.

Dominic Lau menjelaskan bahawa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah sistem perubatan awam pada tahun 2018, namun masih belum diselesaikan sepenuhnya.

.“Menteri sering menyebut masalah yang dihadapi oleh sistem perubatan awam tetapi tidak menyelesaikannya, menyebabkan jumlah pegawai perubatan yang meninggalkan perkhidmatan awam semakin meningkat.

“Pengaliran keluar tenaga kerja ini telah melemahkan sistem penjagaan kesihatan negara secara serius” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya