Sisa minyak campur lumpur sukarkan kerja pembersihan

Sisa minyak campur lumpur sukarkan kerja pembersihan

AZIZAH Deraman menunjukkan kesan minyak di sekitar rumahnya di Kampung Padang Kemunting,Kijal di Kemaman, Terengganu. - UTUSAN/NIK NIK IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sisa minyak dan lumpur menyukarkan penduduk Kampung Padang Kemunting, di sini melakukan kerja-kerja pembersihan rumah yang dinaiki air banjir.

Tinjauan di sekitar kampung itu semalam mendapati, rata-rata penduduk yang pulang membersihkan rumah mereka selepas air mulai surut berdepan dengan kesukaran membersihkan lumpur serta kesan minyak yang dibawa banjir.

Seorang penduduk, Zakiah Zakaria, 44, berkata, ketika pulang daripada pusat pemindahan banjir (PPS) pagi semalam, dia dan suaminya menghidu bau busuk sebelum mendapati terdapat kesan minyak berwarna hitam di sekeliling rumahnya dan jiran-jirannya.

“Kawasan ini memang biasa banjir dan sejak bulan lepas, ini kejadian banjir kali ketiga. Sebelum ini, tiada bau busuk dan minyak seperti ini. Kami tidak tahu punca minyak itu daripada mana.

“Lantai rumah saya juga berminyak dan di kawasan yang masih digenangi air, memang kita boleh lihat kesan minyak. Saya juga terpaksa mencuci lantai lebih daripada dua kali bagi memastikan lantai ini benar-benar bersih,” katanya semalam.

Zakiah berkata, kawasan perkampungan itu sering menjadi lokasi terawal dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan kampung terakhir pulih daripada bencana itu berikutan berdepan masalah ‘banjir termenung’.

“Penduduk berharap pihak bertanggungjawab dapat melihat dan mencari jalan penyelesaian masalah yang kami hadapan saban tahun hingga menyebabkan kadangkala kami terpaksa berada di PPS sehingga lebih 15 hari,” katanya.

Bagi pasangan warga emas, Azizah Deraman, 61, dan suaminya Zakaria Wahab, 63, kejadian banjir yang bercampur lumpur dan minyak itu pertama kali berlaku sepanjang lebih 50 tahun dia menetap di kampung tersebut.

“Sebelum ini hanya lumpur namun kali ini, kami tengok ada kesan minyak selepas banjir.

“Minyak ini menyebabkan rumah kami berbau busuk. Kami harap pihak berwajib dapat mencari punca kejadian ini sebab bimbang juga menjejaskan kesihatan, terutama warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Menurutnya, banjir kali ketiga itu paling buruk untuk tahun ini selepas rumahnya dinaiki air hampir dua meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya