JAKARTA: Polis Indonesia berjaya menumpaskan satu sindiket pemerdagangan manusia (TPPO) yang menggunakan modus operandi ‘pengantin pesanan’, melibatkan penjualan wanita Indonesia kepada lelaki warga China untuk dijadikan isteri. Menurut Ketua Direktorat Jenayah Umum Polis Daerah Metro Jaya, Wira Satya Triputra, suspek memperoleh keuntungan antara 35 juta rupiah hingga 150 juta rupiah (RM10,850 hingga RM46,500) bagi setiap mangsa yang dijual. “Suspek memperdaya mangsa dengan membuat perjanjian perkahwinan menggunakan dokumen dalam bahasa asing, menyebabkan mangsa tidak memahami isi kandungan dokumen tersebut,” katanya dalam satu sidang media, hari ini. Sindiket tersebut dikesan mencari mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya