Labuh tukun di Pantai Puteri tidak dapat kebenaran

Sidang DUN Melaka: Labuh tukun di Pantai Puteri tidak dapat kebenaran

PENAMBAKAN laut yang aktif di Pantai Puteri, Melaka juga menjadi antara sebab utama aktiviti melabuhkan tukun tidak diberikan kebenaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Laut tidak membenarkan Projek Tukun Inovasi MyIS dilabuhkan di perairan Pantai Puteri di sini kerana kawasan itu merupakan had pelabuhan (port limit).

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, penambakan laut yang aktif di kawasan berkenaan juga menjadi antara sebab utama aktiviti melabuhkan tukun tidak diberikan kebenaran.

“Walau bagaimanapun projek tersebut diteruskan di kawasan perairan Telok Mas yang dijangka dapat dimanfaatkan kepada 18 nelayan berdaftar di kawasan berkenaan dan 499 nelayan berdaftar di Melaka Tengah,” katanya ketika menjawab soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tuminah Kadi (BN-Pantai Kundor) berkaitan langkah-langkah untuk membantu nelayan di Pantai Puteri menambah hasil pendapatan ekoran kegagalan projek tersebut.

Tambah Muhamad Akmal, aktiviti melabuhkan tukun memerlukan kajian kesesuaian tapak serta mengenal pasti lokasi dan implikasi kepada pihak berkepentingan bagi memastikannya tidak menghalang laluan pelayaran.

“Jabatan Perikanan telah melaksanakan kajian kesesuaian untuk melabuhkan tukun tiruan konkrit di perairan Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah termasuk Pantai Puteri pada 11 hingga 14 November lalu.

“Laporan kajian kesesuaian tapak masih di peringkat penyediaan laporan dan Jabatan Perikanan telah memohon peruntukan untuk 2025 bagi melabuhkan tukun dan unjam di tiga lokasi tersebut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya