Sibuk 'tebuk' atap, AMK minta Pas tunggu PRU-16

Sibuk ‘tebuk’ atap, AMK minta Pas tunggu PRU-16

MOHAMAD Ezzat Zahrim Mohd. Hanuzi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan meminta Pas supaya bersifat ‘gentelmen’ dengan menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU-16) sekiranya mahu berkuasa dan bukan melalui usaha ‘tebuk atap’.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketuanya Mohamad Ezzat Zahrim Mohd. Hanuzi berkata, tindakan Pas yang menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Barisan Nasional (BN) memperlihatkan sifat tamak parti itu untuk kembali menjadi kerajaan.

“Saya lihat usaha Pas ini ibarat nak tubuh syarikat yang besar tapi modal tidak cukup. Sudahlah modal tidak cukup, untung dan kedudukan serta jawatan dalam syarikat nak sama banyak.

“Jadi inilah realiti yang mereka (Pas) mahukan, namun BN dan UMNO tidak sebodoh itu untuk diperkudakan Pas.
Sekiranya, BN terima tawaran itu tidak mustahil Pas akan sentiasa memberi ugutan sekiranya hasrat mereka gagal di penuhi,” katanya.

Mohamad Ezzat Zahrim memberitahu, jika ‘tebuk’ atap terus berlaku situasi politik negara akan berada dalam keadaan yang tidak stabil.

Katanya, situasi itu akan menyebabkan pelabur dari luar negara menjadi tidak yakin dengan kestabilan politik negara.

“Belajarlah dari pengalaman lalu apabila berlaku tiga pertukaran Perdana Menteri dalam satu penggal disebabkan dengan pelbagai tawaran jawatan dan sebagainya.

“Akhirnya negara yang rugi. Janglah terus ulangi kesilapan sama. Nak tukar kerajaan tunggulah PRU-16 dan berlawanlah secara ‘gentelmen’,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat usaha untuk memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan yang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baharu.

Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa, sebagai balasan, parti itu turut ditawarkan jawatan Perdana Menteri jika bersetuju dengan perancangan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya