PETALING JAYA: Sindiket menyewakan tayar kepada pengusaha-pengusaha kenderaan berat seperti lori dan bas bagi membolehkan mereka lulus pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) semakin berleluasa. Sindiket tersebut memperoleh keuntungan dengan menyewakan tayar kepada pengusaha dengan anggaran harga dari RM100 hingga RM300 untuk satu tayar, bagi membolehkan pemandu membawa kenderaan berat itu ke pemeriksaan Puspakom. Ini membolehkan pengusaha-pengusaha kenderaan berat memperoleh penjimatan hingga ribuan ringgit kerana tidak perlu membeli tayar asli yang harganya sekitar RM1,100 untuk satu tayar. Kenderaan berat seperti lori, bas dan treler mempunyai lebih dari empat hingga ke 12…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya