Sebarang kenaikan tambang feri ke Langkawi boleh jejas pelancongan - Utusan Malaysia

Sebarang kenaikan tambang feri ke Langkawi boleh jejas pelancongan

SEBARANG kenaikan kadar tambang feri ke Langkawi dibimbangi akan menjejaskan sektor pelancongan ke pulau peranginan tersebut di terminal feri Kuala Perlis, semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebarang kenaikan kadar tambang feri bagi setiap perjalanan ulang alik dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke dibimbangi akan menjejaskan sektor pelancongan ke pulau peranginan tersebut.

Dalam keadaan perkhidmatan feri masih berada pada tahap kurang memuaskan khususnya daripada segi kekerapan trip perjalanan, kenaikan tersebut bakal menyebabkan pelancong beralih ke lokasi percutian lain.

Seorang ejen pelancongan di Kuala Perlis, Faizol Abidin, 41, berkata, kesan daripada sebarang kenaikan tambang bakal menyebabkan kemerosotan pengunjung ke Langkawi antara 70 sehingga 80 peratus.

Katanya, pengunjung dilihat akan memilih untuk bercuti ke Hatyai, Thailand atau destinasi lain berbanding ke Pulau Langkawi memandangkan perkhidmatan feri tidak pernah berubah khususnya dalam aspek trip perjalanan.

“Pihak terlibat sewajarnya meningkatkan dahulu mutu perkhidmatan feri buat pelancong sebelum ada cadangan untuk menaikkan tambang berkenaan yang disifatkan sangat membebankan,” katanya.

Terdahulu, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. mengumumkan kenaikan tambang feri bagi setiap perjalanan dari Kuala
Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Januari depan.

Bagaimanapun, syarikat itu kemudiannya membatalkan kenaikan tambang kepada penduduk Langkawi dan warganegara atas nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT), namun meneruskan perancangan itu kepada pelancong asing.

Mengulas lanjut, Faizol berkata, sebarang kenaikan harga tiket feri perlu dipertimbangkan berikutan kekerapan perkhidmatan berkenaan masih tidak dapat dioptimumkan berikutan isu alur pelayaran cetek yang belum diselesaikan .

“Adalah lebih baik pihak terlibat meningkatkan terlebih dahulu perkhidmatan mereka dan barulah pelancong akan rasa berbaloi jika harga tiket dinaikkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya