HULU TERENGGANU: Mangsa tragedi tanah runtuh yang cedera dalam kejadian di Kampung Bukit Apit, Ajil petang semalam sempat mendengar jeritan dan melihat salah seorang adik perempuannya di bawah runtuhan sebelum dia tidak sedarkan diri. Uzair Azman, 17, yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pukul 11 malam tadi, berkata, dia juga turut berusaha alihkan sisa runtuhan namun gagal setelah berlakunya pergerakan tanah. Menurutnya, sebelum kejadian, dia berada di rumah jiran berdekatan dan tiba-tiba dikejutkan bunyi kuat runtuhan tanah sebelum diikuti jeritan meminta tolong oleh abangnya, Abdul Raziq,18.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya