SEOUL: Sebuah pesawat Jeju Air yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Gimpo di Seoul menuju Jeju hari ini, terpaksa berpatah balik akibat masalah gear pendaratan yang tidak dikenal pasti. Pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat di Gimpo, menurut laporan Yonhap yang memetik sumber tanpa nama. Kejadian berlaku sehari selepas pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang dari Thailand ke Korea Selatan terhempas, menghentam penghadang dan terbakar, menyebabkan semua kecuali dua penumpang meninggal dunia. Pemangku Presiden Korea Selatan, Choi Sang-mok mengarahkan pemeriksaan keselamatan kecemasan terhadap sistem operasi penerbangan seluruh negara setelah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya