SAS 2024 rekod transaksi RM3.2 bilion, naik RM823 juta

SAS 2024 rekod transaksi RM3.2 bilion, naik RM823 juta

SAS
NG Sze Han ditemui pemberita dalam sidang akhbar berkenaan laporan penganjuran SAS 2024, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penganjuran Selangor Aviation Show (SAS) 2024 pada 12 hingga 14 September lalu merekodkan transaksi perniagaan berjumlah RM3.2 bilion iaitu meningkat sebanyak RM823 juta berbanding tahun lalu.

Exco, Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti, Ng Sze Han berkata, jumlah transaksi tersebut melebihi sasaran RM1.3 bilion dengan sebanyak 41 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dimeterai.

“Transaksi tersebut merangkumi Selangor Aero Park, Sustainable Aviation Fuel, kajian aeroangkasa, kerja penyelanggaraan dan pembaikan operasi dan lain-lain lagi.

“Malah, dua buah kapal terbang komersial dipindah milik kepada sebuah syarikat dari Singapura. Namun, kami belum mendapat butiran berapa nilai jualan dua pesawat berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Jelasnya, pameran selama tiga hari itu turut merekodkan kunjungan tetamu dan orang awam seramai 29,638 orang yang dapat menyaksikan model pesawat dari dalam dan luar negara seperti pesawat Falcon 8X, Dornier 228, Honda HA-420 Honda Jet, berbanding 19,217 pengunjung pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Sze Han memaklumkan bahawa SAS 2025 akan diadakan di lokasi lain, yang akan diumumkan kelak.

Beliau mengharapkan jumlah kehadiran pengunjung yang lebih ramai pada pameran tahun hadapan, dengan menjangkakan penganjuran SAS 2025 lebih meriah berbanding pameran sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya