Saipolyazan antara 15 terima DSIS bawa gelaran Datuk

Saipolyazan antara 15 terima DSIS bawa gelaran Datuk

Saipolyazan
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) kepada Saipolyazan M. Yusop sempena hari keputeraan baginda yang ke-79, dekat Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Datuk Saipolyazan M. Yusop dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S), hari ini.

Penganugerahan itu diterima beliau sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dekat Balairong Seri, Istana Alam Shah.

Saipolyazan merupakan salah seorang daripada 94 penerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat-pingat negeri di Istana Alam Shah, Klang.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas pengurniaan darjah oleh Sultan Selangor. Ia merupakan penyuntik semangat saya dalam memimpin Kumpulan MBI Selangor untuk terus memacu ekonomi yang mampan, demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor.

“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dikurniakan rahmat dan diberkati Allah SWT”, katanya ketika ditemui.

Saipolyazan sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI Selangor sebelum dilantik sebagai CEO. Malah, beliau juga pernah mengetuai Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai CEO pada 2019 hingga 2022.

Beliau juga merupakan ahli teknologi profesional (Teknologis) dalam bidang elektrik dan elektronik daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Sementara itu, MBI dalam kenyataannya memberitahu seluruh warga kerja MBI Selangor serta syarikat milikan amat berbangga dengan penganugerahan itu dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saipolyazan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN